Kenapa Pilih Course Ni???



Sekarang aku tengah cuti mid sem.Yeay!!!

Huu.So far alhamdulillah.Apa yg dipelajari aku faham.

Bila imbas semul minggu2 aku sepanjang bergelar student Sc Com tu, mcm2 peristiwa yg aku lalui. Tapi arini aku nk kongsi satu je.Kenapa aku pilih course ni.

1st class utk setiap subjek semua lctrer tanya "Knp awk pilih kos ini". Aku jawablah "Sbb saya minat". Haha.Jawapan paling ringkas.Aku malas nak ckp panjang.Tapi, dalam fikiran aku, macam2 sebab yg berlegar-legar tp aku diamkan jela.Hee.

Aku prnh cerita yg aku jupe minat aku bila aku masuk asasi dulu but,frankly,aku still xtau camne future aku 6t dgn pilihan aku.

Bila org tanya 6t aku nk jd apa? Aku ckp aku nak jadi grphic designer. Aku pun xtau knp aku jwb camtu walhal dalam otak aku,aku merancang utk bantu menganimasikan mana2 komik Islamik yg wujud kat Malaysia ni. Haih. Senang cite aku pikir nak tlg kartunis ni jadikan komik dorang sbagai cerita animasi kat tv la. Haha. Tp syaitan plak kacau. Buat aku terpikir "Mampu ke aku nak buat camtu?Gaji kecik je kot 6t".

Ceit.Kuangjaq syaitan2 itu semua. Haih. Apa aku merapu ni. Haha. Kesimpulannya aku still x sure future aku. Org ckp sc com ssh aku pekakkan je telinga aku coz aku ada tujuan aku sendiri. Aku ada perancangan aku. Walaupun skrng aku xsure pe future aku, tapi aku yakin satu je. Allah xkan tnjuk aku ni minat aku tanpa sebab. Mesti Dia ada reason knp sdarkan aku ni minat aku. Dan aku yakin 1 hari 6t aku akan jupe sbb tu. Dan aku sentiasa berharap it is something that can contribute for my religion; ISLAM.Amin

May Allah Bless,

Sentap Wei!!!


Contengan Jalanan by Hlovate

Hee. Ya. aku xpernah bosan dgn karya Hlovate. Novel ni da lama aku beli tapi bru skrg tergerak hati nak kongsikan dgn korang. A great story indeed. Novel yg bukak mata aku tentang hakikat hidup. Erti hidup aku. Erti hidup kita.

Bagi aku novel ni unik giler. 1st sbb jalan citenya n 2nd sbb buku tu sndiri. See! Mana ada sinopsis dua2 belah cover uh. Haha. Masa 1st time aku bc novel ni, dgn selamber badaknya aku bc sesuka hati. Ecece. Knl la Ku Kamaruzzaman sape. Syok bc separuh bku da tup tup rasa pelik. Erk. Fend kna bc 1st rupanya.

Ergh! So bg korang yg xtau. Gmbr 1st korang kna baca yg tu dlu pas2 baru bc yg gmbr no2 uh. Cover satu lg je pon.

Bg aku novel ni, overall bermain disekeliling satu quote je. Satu je wei! Satu quote yg buat aku sentap. Satu quote yg really really really deep meaningnya.

The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th
Setiap org. Hati lain2. Fikiran lain2. Pasti ada tafsiran yg berbeza utk quote ni. Tp bg aku, lps bc novel ni. Satu je yg aku faham. Aku kena berubah. Sebelum aku mati aku kena berubah. Xboleh kata nanti sbb ajal kita xtau bila.

Aku sentiasa berdoa supaya org kat luar sana yg baca Contengan Jalanan akan terbukak hati dorang sama macam Allah bukak hati aku. Aku harap dorang faham apa yg aku faham.

Sbb tu aku pinjamkan novel ni kat sorang insan yg aku syg. Aku nak dia rasa apa yg aku rasa bila baca novel ni & faham apa yg aku faham. In shaa Allah. May Allah ease.

Ya aku tahu. Masih byk yg aku kena ubah. Masih merangkak-rangkak lagi. Banyak basic yang aku kena kukuhkan. Tapi aku tahu at least aku berusaha untuk berubah daripada tak buat pape langsung. Sedikit demi sedikit, akhirnya berjaya jgk kan :) Yang penting ada keinginan & usaha. In shaa Allah berjaya.

p/s Ni sume adlh pndpt aku sendiri. Semua org ada pndpt sendiri. No offend.

May Allah help,

Alhamdulillah :)


Macam tajuk tu. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat. Sekarang aku da smbung blajar da. UiTM Tapah kos Diploma Sains Komputer. Hee. Alhamdulillah dapat apa yg aku nak. 

Ada la jgk kawan aku yg tanya "diploma??" bila aku ltk status aku kat fb. Yeah I'am a diploma student now. X sambung degree pun. Bagi aku setiap yg berlaku ada hikmahnya so, kena bersangka baik dgn aturan Dia :)

So far xbyk lg yg aku belajar. Bese la minggu pertama kedua ni. Selalu je ada kelas batal. But still, aku merasa ada hikmahnya di sebalik semua yg berlaku.

Aku lebih fokus dalam kelas. Aku sentiasa straightkan niat aku. Aku rasa x penting pun kuar jalan2. Haha. Haih Tapah ni ada apa la sgt nak kuar pun. Nak kuar dgn apa pun aku xtau. Mls nak tngu bas. So dduk la aku dlam kolej. Hee.

Satu lagi hikmah yg aku nampak. Aku lebih banyak masa untuk Dia. Jadual diploma x pack macam asasi so tiap2 hari aku sempat Dhuha dulu. Alhamdulillah sgt2. A new environment to me. New experiences indeed. Kat sini ada sikit2 gambar kampus aku. Hehe

p/s jgn jeles tgk bilik aku :)

 
 
 
May Allah ease,

Bogo Shipo means I Miss You

Gambar lama :)

4/11/2013. Aku pegi MM ngn family. Nak beli barang2 keperluan utk msuk u 6t. Hehe. Masuk la Guardian amik tu amik ni. Layan mak aku cari pencuci muka. Waaaa. Tetiba Irah mari. Waaa. Rindu giler nak jupe. Alhamdulillah sempat jupe before dia balik UIA. Rasa nak peluk je kuat2 Mek Yah ni.. Huhu. Miss you damn much sis. Btw, da chubby ckit. Hoho :D

My Knight In Shining Armour


Anthem by Hlovate

Look! Look! Akhirnya dapat juga aku beli Anthem by Hlovate. Alhamdulillah. Ngeee. Org lain dah abis baca kot. Aku je baru beli n baru khatam novel ni. Wuu. Nak buat camne. Novel ni laku macam pisang goreng panas doe. Cepat je habis. Cari kat Popular xde. Then kbetulan pegi holiday kat Kelantan, aku cari la kat SMO(Syarikat Muda Osman). Finally, Anthem is mine!!! Muehehehe.

Bagi aku. Walau karya Hlovate punyer jln cite mcm sama je. Musuh time skolah la. Msuk u baru jupe smula la. Blajar kat oversea la(part ni seriusly aku jealous >,<).Tapi bagi aku, setiap karya Hlovate ada soul tersendiri. Ada identiti sendiri.

Kalau kta bc guna mata hati, insyaAllah, we'll get the message yg Hlovate nak sampaikan.Those message insyaAllah gonna touch deep down ur heart tahap giga la. But, if n only if korang baca gna mata hati la & of course like Hlovate said, hati kita Allah yg pegang. In fact, hati kita mmg milik Allah pun so, Dia lebih tahu :)

1st time aku baca Hlovate, mmg Hlovate touch my heart la. Erk! 2nd time actually yg touch my heart tu. Mcm aku ckp td. Hati kita Allah pgg. 1st tme aku bc nvel aA+bB. Zaman x matang woi. Zaman skola. Bc novel tu pun asyk pikir "Sweetnya Addin ngan Benz". Langsng x nmpak message within the nvel. 

And then bila dah besar ckit, aku miliki my own Hlovate 4 the very 1st time;Rooftop Rant. Seriously, aku macam tersedar dari lena. Tu cara Allah sentuh hati aku, by using Hlovate and the rest, is history. Haha. Gedik guna ayt Hlovate nau.

Dan skrg, alhamdulillah. aku sdg berusaha utk jd lbey bek. To be a better me. In other words, to be a better muslimah in konteks Islam yg sebenar, insyaAllah. 

And like Trisy, I wanna spread the magic. Hlovate's magic to my bro n sis so that Allah will touch their heart like He did to mine. So, dorang akan cari Allah dengan erti sebenar. Not just because they are Muslim on ic but, a Muslim & Muslimah dgn erti kata sebenar; indah di sisi Allah,disayangi Rasulullah saw.

SALAM MAAL HIJRAH


May Allah Bless,

Jalan Ini


Bila aku dengar lagu Linkin Park-What I've Done, aku selalu je rasa menyesal knp lah aku x usaha dengan lebih lagi untuk masa depan aku. Kadang aku menyesal & menyesal. 

Pastu lagu Katy Perry-Firework plak yang menyanyi kat laptop aku. Aku fikir. Apa gunanya menyesal tak sudah. Aku tahu aku dah buat yang terbaik. Tapi Allah tahu yang terbaik untuk aku. Tu bukannya jalan aku. Jalan aku lebih berliku mungkin. Tak seselesa itu. Mungkin. Kerana Allah Maha Mengetahui.

Haih. Tetiba kuar plak lagu Yasin-Rindu Pada-Mu. Ya. Insaf. Mungkin aku usaha. Tapi doa tu belum mencukupi. Doa tu langsung takde kesungguhan aku. Sampai Allah tolak doa aku. Xpe. Aku yakin dengan percaturan Dia. Dia lagi tahu berbanding aku. Aku lepaskan semua kecewa tu. 

Mungkin Allah bawa aku ke jalan singkat sebelum ni untuk aku tahu apa tujuan aku. Apa impian aku. Apa pilihan aku. Apa pegangan aku. Apa tahap keimanan aku. Aku yakin. Ya aku yakin. Dan aku temui pilihan aku. Aku temui impian aku.

Memang aku sedih. Rasa diri ni sentiasa gagal. Tapi aku bersyukur. Dia tunjuk pilihan aku. Dan aku harap, apa yang aku pilih itu, pilihan yang tepat. Dan aku. Ya AKU. Akan terus berjuang. Untuk cita-cita aku. Untuk keyakinan aku. Untuk keluarga aku. Untuk Dia, Allah SWT 

Ya Allah. Andai aku lupa tujuanku satu hari nanti. Tolong! Tolonglah ingatkan aku! 

Yang Yakin,

Kawan

Assalamualaikum w.b.t

Pertemuan & perpisahan aturan Allah. Walau aku cuba untuk kekalkan sebuah ikatan persahabatan. Mungkin aku perlu terima kenyataan. People go on. Even kawan baik mg sendiri pun akn tinggalkan mg. Even kawan baik sejak sekolah pun akan tinggalkan mg. Ya. Sebab people go on.

Cakap pasal kawan. Semua orang ada kawan baik, kawan biasa, kawan macam adik beradik. Aku sendiri ada kawan yang aku sayang. Yang aku anggap kawan baik aku.

Tapi kadang terasa macam diri ni syok sendiri. Haha. Kadang aku rasa aku je yang terhegeh2 declair diorang sbg kawan baik bagai sedangkan diorang tidak begitu kelihatan excited jadi kawan baik aku.

Ya. Kadang rasa diri dipinggirkan. Kadang rasa diri diperkecilkan. Kawan. Sakit woo. Luka kena pisau xpe. Tapi yang sakit kat dalam hati ni?

Ya aku tahu people go on ngan haluan masing2. Tapi salah ke kalau aku nak persahabatan tu terus kekal?

Mungkin. Ya mungkin. Aku mungkin perlu belajar untuk bergerak ke depan. belajar untuk teruskan hidup tanpa menoleh ke belakang. Tapi bila difikirkan. Terasa terlalu kejam diri ini kalau aku terus lupakan orang yang pernah aku sayang. Kawan baik.

Sebaiknya. Aku teruskan hidup. Tapi, dalam hati aku, ruang untuk diorang masih kekal di situ. Tak berganjak. Dan takkan hilang. Tetap di situ.

Sebab aku terlalu sayang diorang. Syok sendiri pun xpelah. Cuma. Tolong hargai aku.

Ikhlas,

Gonna Miss All Of You :)

Assalamualaikum w.b.t

Hoho. Dah bulan 9. Kawan aku sibuk nak masuk u aku masih kat umah. Sedih2. Mak aku selalu je tanya "Dah adik bila nak msuk u nya?." Adodo. Menusuk hati btol ayt mak aku ni. Mcm nak halau plak anaknya yang comel ni. Haha. Ok2  Ecah. Stop ngarut!

Ok. Aku post ni sbb aku nak ucapkan tahniah untuk housemate-used-to-be aku, girls of R1303, yg dah sedih2 sbb dah kena tinggal family, tinggal kucing, tinggal bilik tu. Aku agak happy melihat kesedihan korang. Hahahah (evil laugh). Ok gurau.

Sebenarnya aku nak cakap yang aku akan rindu korang sgt2. Aku ni plak ntah ke mana arah tuju. Doakan aku tau. Jgn lupa aku. Spt mn aku yg x prnh lpe korang.

Maybe kita juz kawan. Xde hbgn darah pun. Tapi, korang lah adik2 (aku kn 13/1. Igt bfdy aku :p ) aku. The sisters that I never have. Dan aku sayang korang sgt2 :) Sincerely from my heart.

Fiqa= UiTM Melaka. Finance.
Zana=UPM. Biotek.
Aten=UKM. Speech sc.
Iqa=UMS. Akuakultur.
Dibah=UTM. Chem engine.
Anis=USM. Tknologi biosumber.

Bljr rajin2. 6t da keje. Dpt gaji. Belanja aku. Haha.


Lots of Love,


Baju Kurung

Assalamualaikum w.b.t

SELAMAT HARI RAYA :)

Alhamdulillah Allah still bagi aku pelung untuk update blog ni.Hee.Ok enough with the intro.Kita straight to the point.

Memang seronok btol time raya ni tgk semua semua org b'pakaian serba baru. Siap pelbagai warna n corak lagi.

Yaya aku tahu. Itu lah baju kurung. Baju tradisi kebanggaan kita kaum Melayu. Baju yang dikatakan penuh dengan adab2 sopan wanita n gadis Melayu. Tapi apa yang aku rasakan sekarang ni, semua itu sudah hilang.
Sudah berkurang ciri2 kesopanan yang ada pada baju kurung zaman skrg ni.

Tgk jela. Kain jarang. Transparent sgala benda. Aku tercari-cari di manakah hilangnya ciri2 kesopanan itu? Patut ke aku salahkan pihak kilang yang membekal n membuat kain2 baju kurung tu? Atau mungkin aku patut persalahkan designer yg mendesign kain2 tu?

Ya aku tahu ada jgk yang x jarang tapi, mak oi! Mahal btol harga. Kalau yang murah, susah btol nak cari yang x jrang. Mcm mn dgn family yg tdk mampu nak beli kain yg mahal2 tu? Adakah mereka tidak berpeluang untuk beli kain yg x jarang n x berpeluang untuk memelihara aurat mereka?

Kesimpulannya, sekarang, perjalanan untuk menjaga diri dan aurat, semakin sukar. Ya. Dunia sudah hampir sampai ke penghujungnya. Semoga aku dan muslimah2 di luar sana, berjaya mengharungi perjalanan yang sukar ini.Demi mencari mardhatillah-Nya. Amin.

Kau Aku

Kau & aku berbeza. Allah pertemukan kita. Jannah tujuan kita.
Aku kawan kau & kau kawan aku.
Bagi aku xpenting apa pun hubungan kita. Yang penting hati kita tahu. Hati kita satu.
Mungkin aku berubah. Tapi hati aku masih sama. Masih pegang pada 6 tahun itu.
Mungkin jalan aku akan berbeza. Mungkin kau akan jauh ke depan. Aku jauh ke  belakang.
Mungkin juga aku akan jauh ke depan. Kau jauh ke belakang.
Yang aku tahu, Allah sentiasa di sisi kita.
Kadang aku anggap kau simbol kebodohan aku. Lalu aku membencimu.
Kadang aku anggap kau simbol kekuatan aku. Lalu aku pegang pada kata-katamu.
Yang aku tahu. Mana pun kita. Satu yang jadi keyakinan kita.
Allah SWT.
Kerana impian kita masih jauh. Kerana jodoh itu Allah yang tentukan.
Yang kita cari hanyalah redha Nya.
Allah ,Rasul  & Islam jadi keutamaan kita.

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi
(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui
sedang kamu tidak mengetahui."
                                                                                                              2:216

A Story To Tell

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni aku nak cite ckit psal blog ex housemate aku si Aten tu...Huhu...Hari tu dia perkenalkn blog dia yang telah di touch up dengan lawa n cutenya...Aku plak yg masih baru start b'bloging ni still blom perknalkn blog aku coz aku pikir nak lawakn dulu blog aku ni baru lah aku prknlkn kat kwn2 aku..

So nak di jadikn cite...Aku mnx tlg la dgn abg Google tu...D'sebabkn aku pernah amik subjek CSC masa Asasi, aku pun fikir utk hias blog aku sendiri je tanpa mnx org len buatkn..Then aku jumpa la satu blog yg sgt masyuk n m'yelesaikn problem aku...


Ni la blog tu..Aku panggil Cik Farah jela..Hehe..Mmg b'guna btol sgala tutorial yg Cik Farah bagi ni...Akhirnya dpt la aku jdkn blog aku spt citarasa aku...Tapi d'sbabkn aku xde Photoshop, so xbrp' umph' sgt la..Tapi,aku still b'puas hati :D

Pastu jupe plak blog tutorial kat sni.Belongs to Amalina :)


Trimas sgt2 utk Cik Farah dan Amalina di atas semua tutorial dia yg b'guna sgt2 tu..Bkn tu sahaja...Tutorial tu sumenya d'susun dgn kemas,teratur n sng d'cari.

Once again,trimas Cik Farah n Amalina,for the knowledge :)

Btw..Ni plak blog Aten...Sgt cute :)



The Worth Learning of Life

Assalamualaikum n Slmt sejahtera :)

Dalam hidup kita ni, kadang kita selalu je fikir nak hidup senang je. Kadang kita tak sedar bila kita makin dewasa, macam2 cabaran yang akan kita tempuhi kat luar sana. Memang la kalau kita setakat budak sekolah  lagi hidup belum tentu kenal erti susah. Makan minum mak ayah tanggung.

Bila aku melangkah ke u, aku sedar. Hidup kat luar ni, mmg mencabar. Dengan duitnya kena pandai jimat, dengan suasana yang baru. Namun aku bersyukur. Masih ada yang boleh dijadikan payung untuk berteduh. Yang ada di sisi bila yang lain lesap dari hidup kita. Yang jadi teman ketawa & gembira kita.

Aku bangga untuk gelarkan diri aku sebagai student UiTM Puncak Alam. Student Foundation of Engineering. Walaupun time exam, result aku xde lah gempak sangat, aku bersyukur sebab PALAM ajar aku untuk berdikari, ajar aku untuk teguh pada pendirian & paling penting, ajar aku erti hidup.
Ni lah groupmate aku. Group M5 =) Teman belajar & teman gelak tawa.

Dari Kanan: Aku, Zana, Aten, Iqa, Dibah, Anis & Fiqa
Ni plak housemate aku =)
Jujur aku cakap, aku sebenarnya xbrp rapat sgt dgn housemate aku. Maybe aku t'bawa2 dgn sikap aku time sekolah dulu yang rapat dgn bdk sekelas je tmbah dgn sikap aku yang suka menyendiri dlm bilik ( aku je xde rumate ). Ish3. Kadang2 aku menyesal jgk dgn sikap aku ni. However, aku still cari masa untuk luangkan dgn housemate aku.
Minah cun ni asal dari Kedah. Rumate Fiqa. Student Asasi  Sains. Antara kitrang semua, bagi aku Zana lah yang paling pandai bergaya & selalu nampak feminim je. Walaupun dia cun, dia langsung x smbong mcm prmpuan cun yang lain. Jenis yang boleh dibuat kawan & xkan tinggal kawan bila kita dlm susah :)
Minah ni plak asal Perak. Rumate Iqa. Juga student Asasi Sains. Dalam rumah kitorang, dia lah yang paling gila2. Kadang2 aku terkejut dengan idea2 dia yang gila tu. Tapi, disebalik semua perangai gila tu, dia seorang yang sensitif. Macam rumate dia. Huhu. Tapi, time kita sedih, ada masalah, mmg dia bleh di harap lah.
Minah ni asal Selangr. Alah. Rumah dia xjauh pun dari PALAM. Kat Kuala Selangr je pun.Huhu.Antara kami bertujuh, dia lah yang paling ganas sekali. Ada lah jugak gaya2 tomboi tu. Tapi Alhamdulillah. PALAM dah mengubah dia. Tengok lah dalam gambar tu. Feminim je dia kan :). Dia lah paling cute aku rasa. Jgn perasan ya Iqa. Prngai ko yg cute. Walau dia ganas, try la marah dia & buat dia rasa bersalah. Kompem menangis.Huhu.Sensitif plak.
Minah ni plak asal Perak jgk. Rumate si Anis. Dialah satu2 nya housemate aku yang sama course dgn aku. Sabar jela :( Dia jela yang bleh aku harap bila aku xfhm CSC tu. Lau yang lain, manalah diorang fhm prgramming n C tu.  Nak terang pasal trakea kat aku diorang bleh lah. Bagi aku, Dibah ni macam kakak je. Dia cakap pun lembut je. Anis selalu buli dia. Hehe. Jnis yang prihatin kat orang lain.
Minah ni asal Kelantan. Bagi aku, dia lah yang selalu perasan paling cun. Tapi dia mmg cun pun. Huhu. Kadang2 sensitif. Aku ingat lagi time aku,Anis & Zana pergi Tesco. Kitorang masuk Pet Shop. Pas 2 dia menangis sebab sedih tengk anak kucing dikurung dalam sangkar kat kedai tu. Haih.Mmg lmbut hati dia ni.
Dia lah penyeri kat rumah tu. Kadang rasa sunyi kalau dia xde.
Minah ni plak asal Pahang. Hah tngok! Mmg rumah kami ada mcm2 loghat lah.Huhu. Dia ni lah yang selalu masuk bilik aku sbb nak pinjam komik n novel. Dgn dia lah aku selesa sikit. Aku suka b0rak2 dgn dia.Jenis yang baik tapi kadang2 sinis.Hehe. 

Hah. Kalau aku tak perkenalkan diorang, adalah yang merajuk 6t. Ni lah 'wonderwall' aku di PALAM. Boleh jugak dipanggil adik-beradik. :)
Dari Kanan: Zura, Rai & Sazmi.
Si chubby yang berasal dari Perak. Aku tahu kadang2 dia rasa rendah diri dengan rupa luaran dia. Tapi serius aku cakap. Dia cute. Bagi aku, luaran x penting. Yang penting, hati... Dia mmg seorang yang baik lah. Aku suka usik dia n kadang manjakan dia. Sbb dia seorang yang sensitif n mudah geli. Aku sentuh bahu pun dia geli. Haha. Mmg cute. Selalu ada bila aku ssh n sng :)
Dia yang berkaca mata ni asal dari Sarawak. Kadang aku panggil dia Itik. Gelaran dari sekolah lama dia :) Haha. Yang ni sangat lah sensitif. Mudah terasa hati. Tapi, aku tetap sayang dia. Di sebalik semua sifat sensitif tu, aku tahu. Dia sayang kami. Sbb tu dia jadi sensitif dengan gurauan kami :)
Ni plak asal Selangr. Kami bertiga anggap dia sbg abg kami. Dia lah yang layan perangai gila kami. Yang layan prangai kanal2 kami. Yang sngup jumpa kami lewat mlm juz untuk dgr problem kami. Dia jgk lah yang jadi phtographer x b'byar bila kami nak b'gmbar. Dia layan kami mcm kami ni btol2 adik dia je. Siyes aku rindu dia :)

Ya. Diorang lah yang ajar aku untuk hidup di tempat yang asing ini. Yang ajar aku erti hidup. Tengok jela. Diorang semua b'asal dari lain2 negeri. Tapi ukhuwah tu tetap boleh t'jalin dengan kukuh asalkan kita sudi hulurkan tangan untuk terima salam perkenalan. Aku rindu di0rang :)

Runtuhkan je segala tembok ego @ rendah diri tu. Dalam hidup ni, kita semua sesama saudara Islam. Yang membezakan kita, hanya amal pahala kita je. Melalui kawan lah kita akan belajar unutk terus menuju ke hadapan. Belajar untuk bawa bekalan ke akhirat. Belajar untuk mencari jannah...


                        





Mmg kat SESTER pun aku bljr erti hidup. Tapi kat sini, aku bukan je bljr erti hidup tapi aku juga bljr camne nak kendalikan hidup tu dgn lebih b'makna.



'She' was Dead =(

Assalamualaikum n Slmt sejahtera...

No intro. Just let me be a story teller. A story that causes my heart break and I miss 'her'.


She is Buncit a.k.a Pucit.
Look at her. That cute body. Aku pngil dia Buncit sbb body dia yg kecil & gebu je. Today, she's dead.


Dah a few days dia sakit. Setiap hari aku bangun tidur, aku akan cari dia dulu.I thought I would'nt see her anymore. However, each day,she's still alive. Thank Allah =) Semakin hari, 
dia dah makin okey. Aku always check temperature dia. Semakin hari semakin kurang
 panas badan dia. Dia pun dah ada selera nak makan walaupun tak habis. Kadang2 aku suapkan dia air susu. Seriously, aku gembira tengok perubahan dia until 
kelmarin. Tetiba dia dah xnak makan.Semua sebab selsema dia belum hilang. Aku 
dah suruh ayah aku hantar pergi vet tapi, ada ke patut ayah aku kata "Xyah pegi vet. 6t  makin sakit". Ish. Ayah aku ni ada pengalaman sedih ke apa sampai dia cakap macam tu. Apa gunanya vet wujud kalau macam tu kan?? So aku sabar jela. Doa banyak2. Semalam hidung dia t'sumbat. Aku search lah kat tenet tgk cara nak hilangkan kucing yang hidung t'sumbat. Ada la dua petua yang aku boleh pakai:
1. Tekap hidung kucing dengan minyak kayu putih.
2. Letak kucing dekat dengan air panas supaya wap air tu legakan sistem pernafasan dia.

Cara ke-2 aku da reject sbb malam2 xkan la aku nk letak kucing aku dekat air panas kan??
Bahaya tau! So aku pilih cara first. Tp, time aku nak minyak kayu putih tu la menda alah tu plak xde. Seluruh rumah aku cari tak jumpa2. So aku pergi la dkt Pucit. aku ckp dkt dia "Awk tidur dlu tau. Sbr ya. Esk plak sy cr smula minyak tu". Lepas aku usap kepala dia n ckp yg aku syg dia, aku masuk tido.


Tapi pagi tadi aku bangun, aku tengok dia dah macam ni...She's dead already. Bila ayah aku balik dari kerja, ayah aku gali lubang n aku angkat dia untuk di tanam.
Jujur aku cakap, selama aku hidup n selama aku bela kucing, aku tak pernah sanggup angkat
mayat diorang. Aku lebih sanggup gali lubang. Aku xsanggup pegang tubuh diorang yang dah keras tu. Jujur aku xsanggup...Aku sedih sangat bila Buncit mati. Kali kedua aku menangis bila kucing aku mati. Aku menangis  sbb rasa macam dah sanggup utk hadapi situasi 
macam ni lagi & sbb aku jaga dia setiap hari dengan harapan untuk tgk 
dia makin sembuh. Dengan harapan dpat tgk dia main lompat2 (dia lompat tngi tau). Jujur aku rindu. Tapi, Allah lebih sayang dia. Aku pun xsanggup tgk dia menderita lagi.
Aku redha...Ni yang terbaik.
Pengajaran buat aku. Aku perlu sentiasa pantau kesihatan kucing2 aku.

Ini lah antara kucing2 aku yang dah mati. yang aku sempat ambil gambar semasa diorang masih hidup...


Aku rindu diorang...





Blog Belongs To:Siti Aisyah | Design By:Siti Aisyah | With Friend's Tutorials Help